Assalamualaikum..well its been quite lama tak post apa-apa kat blog ni...nasib baik tak kena check lagi..kalau tak kantoi beb..hmm..apa yang menarik minggu ni dan cuti sempena Maulidur Rasul ni...tak ada apa yang menarik melainkan dapat extra cuti hari Isnin ni..huhu..dapat rehat lama-lama sikit smbil habiskan assignment yang tergendala. ha..one more thing, masa kat rumah ni la dapat dengar baby nangis..(baby sebelah umah)..hazaiq yang cute..kadang-kadang tension jugak sebab terpaksa dengar tapi bila difikirkan balik kita semua pun macam Haziq jugak. Entah-entah mak dengan ayah kita pun boring dengar kita melalak. That's why we have to show our respect to our mum and daddy. Mereka lah yang bersusah payah jaga kita dari kita kecik smpai lah besar jadi orang yang cukup semuanya ni. Tapi setiap kita tak lepas dari buat kesilapan.. Includes me..pernah juga buat mak dan ayah marah..banyak kali la..jahat gile..huhu.. Tapi lepas tu mintak maaf..Wajib!!kalau tak..tak lulus exam,haha..
Berbalik pada bab menangis.. Actually crying is the best way to calm down ourself when we have problems or even when we have to faced stuff usually yang akan membuatkan kita menangis terutama sekali perasaan sedih. Here i have a facts about cry or tears.. Lets check it out..
MENANGIS UNTUK KESIHATAN DIRI
''Menahan diri daripada menangis adalah sama saperti menahan lapar. Tindakan ini boleh mengundang pelbagai penyakit seperti kegatalan kulit, sembelit, sakit kepala dan ulser,'' menurut kata pakar psikologi. Menurut ramai ahli psikologi lagi, menerusi kajian mereka kalau kita memendam perasaan, menahan diri daripada menangis bererti kita menafikan tuntutan penting tubuh kita yang daripada masa ke semasa berkehendakan luahan emosi. Akibatnya ia menerukkan keadaan yang sedia teruk.
Menurut Dr William Frey, penulis buku Crying- the Mystery of Tears, 80 % wnita dan 73% leleki yang mengalami kesedihan merasa lega selepas menangis. Anda tidak seharusnya melawan tabiat menangis yang sememangnya wujud dalam setiap diri manusia. Hidup tidak selalunya indah. Menangis selain daripada tabiat semulajadi manusia, ia juga salah satu cara untuk membantu meringankan perasaan sedih yang dialami. Luahkan kesedihan dengan menangis agar diri tidak dibelenggu dengan masalah yang boleh menjejaskan kesihatan.
FUNGSI AIR MATA
Apabila kita sedih, pusat emosi otak menghantar mesej ke kelenjar air mata, bekerja dan mengeluarkan sebanyak 10,000 kali pengeluaran.
Keadaan ini akan membuatkan kita berasa laga selepas menangis kerana air mata mencuci tubub daripada tekanan bahan kimia yang berlebihan dalam badan. Justeru menangis terbukti bagus untuk melegakan tekanan.
Benarkah orang lembut berjiwa sentimental mudah dan kerap menangis daripada yang berperibadi keras dan tegas, yang bersikap optimistik menngis kurang? perkara ini dikatakan tiada kaitan langsung. Antara penyebab utama kenapa kanak-kanak terutamanya menangis adalah kerana pengaruh ibubapa itu sendiri kerana ibubapa yang menjadi contoh terdekat dalam hidup kanak-kanak.
KENAPA KITA MENANGIS?
Menurut pakar sosiologi, terdapat 10 sebab mengapa manusia menangis iaitu sedih, kesunyian, gembira, takut, sakit, marah, duka, keseronokan hidup, ketawa dan hormonal imbalance. kajian menunjukkan bahawa wanita menangis sacara spontan tiga hingga lima hari sebelum haid kerana tahap estrogen dan progesteron yang tidak seimbang.
Adakalanya dalam aktiviti seharian kita ada yang menyebabkan kita menangis. Contohnya seperti ketika mengupas bawang dan ketika menikmati makanan pedas.
HARGAILAH AIR MATA
Air mata menjadi teman dikala duka, bak kata orang tua. Sememangnya air mata tidak pernah lekang dalam diri manusia. ketika dalam kesedihan air matalah yang manjadi teman yang paling rapat dengan kita.
Air mata juga menyelamatkan wang kita daripada membayar bil-bil terapi kerana air mata adalah terapi semulajadi. Ia juga ubat lena tidur. Menangis itu adakalanya lebih baik daripada bercakap, ia lebih terkesa daripada kata-kata. Begitu tinggi nilai air mata.
Namun begitu kita tidak seharusnya menyalahgunakan air mata untuk sesuatu tujuan yang tidak baik. Siapa tidak tahu wanita genar menggunukan air mata untuk memerangkap mangsanya. Kita buat muka sedih apabila ditolak kehendak kita, kita merajuk dan bergenang air mata jika si dia berkata tidak. Kita menangis teresak-esak apabila si dia tidaj mahu manunjukkan rasa simpati.
Kita menangis kerana itu dan kita menangis kerana ini...akhirnya tangisan kita tidak diambil peduli oleh yang tersayang kerana tangisan kita dianggap drama minggu ini. Jadi, menangislah ketika perlu dan bukannya asyik-asyik menangis..
So...if you guys dah baca tentang air mata ni pandai-pandai sendiri la fikir.. Tak semstinya jika kita menangis itu akan menunjukkan kelemahan diri. Sentiasa ingat yang semua orang menangis, tiada yang terkecuali.. And one thing..bagi mereka yang sntiasa menangis tanpa sebab, you better be careful..sebabnya you should go and see a doctor.. Yelah, kekerapan menangis tanpa sebab yang munasabah adalah salah satu simptom tekanan jiwa.
Jadi..guys especially..you dont have to hide your tears.. Kami girls actually tak anggap yang kaum lelaki ni lemah bila mereka menangis.. Me myself ever face a situation which i get a chance to see and heard a guy crying. So, let it go..Let your tear fall down or drop anywhere.. Yang sepatutnya la.. Jadi im sure mereka yang dah mencapai matang fikirannya akan mamahami apa itu air mata yang sebenarnya...:)
0 comments:
Post a Comment